
|
Disclaimer
Thanks for visit my blog :) |
Hormatilah Pasanganmu.
Hormat menghormati merupakan perkara yang harus ada ketika menjalinkan sesebuah hubungan percintaan. Tunjukkan rasa hormat kamu kepada pasangan.
1.Jaga Hati
Cuba elak untuk menyakiti hati pasangan terutamanya bila korang berbicara tentang perkara yang boleh dianggap sensitif ataupun yang boleh membuatkan si dia terasa. Dalam fasa perkenalan, korang perlu tahu apakah perkara yang disukai & dibenci oleh pasangan supaya korang tak terlepas cakap atau berbuat sesuatu yang boleh menyakiti hatinya. Walaupun kadang-kadang si dia tidak menunjukkan rasa sedihnya, korang perlu lebih peka & bijak dalam setiap percakapan ataupun perlakuan.
2. Terima Kekurangan
Setiap manusia yang lahir di muka bumi ini mempunyai kelebihan & kekurangan masing-masing. Jangan pernah mempertikaikan kelemahan orang lain terutamanya pasangan korang seolah-olah korang tidak mempunyai sebarang kelemahan langsung. Sedarlah, tidak ada manusia yang sempurna di muka bumi ini. Walaupun pasangan korang mempunyai kelemahan, cuba terima dia seadanya. Malah kelemahan pasangan korang itu boleh dibaiki sedikit demi sedikit sehingga akhirnya ia akan menjadi kebaikan kepada dirinya & diri kamu sendiri.
3. Memberi & Menerima
Dalam sesebuah hubungan, kamu dan pasangan haruslah menanamkan sikap memberi & menerima. Jangan hanya tahu menerima tetapi tidak pernah memberi. Ia merupakan salah satu cara korang menghargai pasangan korang di atas kesudian dia menerima kamu seadanya & memberikan sepenuh cintanya kepada kamu. Setidak-tidaknya, berikan hadiah ataupun ucapan pada hari lahirnya atau hari-hari yang sangat bermakna buatnya.
4. Kerahsiaan.
Jangan sesekali meluahkan rasa tidak puas hati dan kemarahan korang terhadap pasangan dengan orang lain seperti classmate atau rakan-rakan dilaman sosial. Cuba selesaikan masalah korang berdua secara professional. Tidak salah sekiranya korang ingin meluahkan kepada parents & adik-beradik, tetapi pastikan perkara tersebut tidak tersebar meluas. Selain memelihara privasi, ia juga salah satu cara menghormati pasangan.
5. Pendengar Yang Setia
Jadilah pendengar paling setia kepada pasangan kamu. Ingat jika korang sudah melafazkan kata cinta, kamu sudah menjadi salah seorang yang paling penting dalam hidupnya. Kepada korang jualah dia ingin luahkan apa yang terbuku di hati dan menceritakan perasaannya. Jangan sesekali korang mengambil mudah dan tidam menghiraukan apa yang diperkatakan olehnya. Jika mampu, berikan pendapat & bantuan. Tetapi jika kamu tidak mampu, berikan sahaja sokongan moral ataupun jadilah pendengar yang setia.
Okay guys. Ni lah antara caranya. Untuk tahu lebih lanjut, belilah majalah Klik keluaran 1 Julai. Muka surat 84 & 85. Semoga ia membantu hubungan korang ye. Bye!
P/s: Lama tak beli majalah ni. Rindu nak baca :')
Labels: cara kekalkan hubungan, hormati pasangan, monday couple. |