
|
Disclaimer
Thanks for visit my blog :) |
Mitos Nak Kekal Cantik.
Sejak dulu lagi terdapat pelbagai mitos dikaitkan dengan kecantikan. Tidak kira moden atau tradisional, sehingga kini masih ramai yang berpegang kepada mitos tersebut. Lazimnya, kita menerima bulat-bulat apa yangditurunkan dari zaman nenek kita dulu, tanpa mengetahui kebenaran perkara tersebut. Nak tahu betul atau tidak? Jom usha entri di bawah.
Mitos: Krim koko dapat menghilangkan parut
Fakta: Terdapat banyak krim & losyen yang mendakwa dapat menghilangkan parut & tanda regangan kerana punca berlakunya tanda regangan ialah akibat kehilangan ataupun peningkatan berat badan. Ini bermakna pembentukannya tidak dapat di halang atau dihilangkan terus.
Mitos: Tidur terlentang mampu mengelakkan kedutan
Fakta: The American Academy Of Dermatology menyatakan tidur pada sesuatu posisi dengan jangka masa yang agak lama, akan menyebabkan wujudnya garis lena. Jika dilakukan secara berterusan boleh menyebabkan garisan ini kekal & terjadinnya apa yang dipanggil kedutan. Sebaiknya, tidur secara terlentang boleh mengelakkan wujudnya garis lena ini.
Mitos: Sesetengah pencuci muka dapat mengecilkan liang pori wajah.
Fakta: Saiz liang pori adalah genetik. Jadi, biar banyak produk yang mendakwa dapat mengecilkan liang pori wajah untuk selamanya, itu hanyalah auta! Ia seolah-olah liang pori mengecil, padahal tidak.
Mitos: Masalah rambut bercabang dapat diatasi & dipulihkan.
Fakta: Satu-satunya cara untuk memulihkan masalh rambut bercabang ialah dengan menggunting rambut! Produk-produk yang wujud di pasaraya tidak dapat memulihkan masalah ini, sebaliknya menyorokkan rambut bercabang dengan membuatkan rambut kelihatan lebih lebat & bersinar.
Mitos: Pemutih gigi boleh merosakkan enamel gigi.
Fakta: Pastikan anda mengikut cara & arahan yang betul. Jangan buat ikut sesuka hati sahaja kerana ada antara produk yang tidak sesuai dengan gigi anda hingga boleh menyebabkan kerosakkan pada gigi. Anda disarankan tidak menggunakannya secara terang.
Okay ni sahaja perkongsian hari ini. Bye, Assalamulaikum :)
Labels: cantiknya, cara jadi cantik, mitos cantik |